Berikut adalah koleksi ke 3 pelbagai ilmu dulu-dulu antaranya: tenung mata, tenung lilin, salam mayat, penumbuk maut...
Berikut adalah koleksi ke 3 pelbagai ilmu dulu-dulu antaranya: tenung mata, tenung lilin, salam mayat, penumbuk maut, kebal, ambil semangat musuh dan penggerak.
Tenung Mata
Roh insan kata kumasan
mari ku taruk dalam kecici
balu hijau roh engkau aku tahu
dahulu roh anbia kepada engkau
berkat sidi mengajar guru
berkat guru megajar aku
berkat 'La ilaha illallah Muhammadurrasulullah'
(si dia/si anu)
Tenung Lilin
Tenung lilin sampai berair mata amalkan tiap2 malam sampai lilin tersebut itu padam bila kita memandangnya
(44 hari)
Salam Mayat
Bismillahirrohmanirrohim
hak salam mayat
salam Allah beserta Muhammad
salam Jibril mencabut insan
tercabut kata Allah tercampak kata Muhammad
berkat 'La ilaha illallah Muhammadurrasulullah'
Penumbuk Maut
Hei bumi hei langit
ghaib penumbuk aku seperti angin
hilang penumbuk aku seperti kabut
hinggap penumbuk aku seperti lintar yg besar
kena besi, besi hancur, kena batu, batu pecah, kena kayu, kayu patah, kena gunung, gunung luhur,
kena kulit manusia kulit pecah tulang hancur.
sampailah masanya engkau di sini pulang ke rohmatullah.
Ilmu Kebal
bih aku buang ibu besi di kananku
bih aku buang ibu besi di kiriku
bih aku buang ibiu besi di depanku
bih aku buang ibu besi di belakangku
bih aku jumpa ibu bakau meliputi sekelian badan aku menjadi kebal
dengan berkat 'La ilaha illallah Muhammadurrasulullah'
Mengambil Semangat Musuh
Alam nasyroh laka sodrok
hak Allah kembali kepada Allah
qul na ya ruku ni a'la rifa
qul na ya ruku ni a'la salamun a'la riba
Penggerak
Bismillahirrohmanirrohim
kun fayakun nabiyyallah
kun fayakun waliyyallah
kun fayakun mala ikatullah
kun fayakun rasulullah
la ilaha illallah Muhammadurrasulullah
Assolatu wassalamu a'la i'badillahis solihin 3x
Sila Baca - Panduan dan Peringatan ini
1. Blog KiDD ini sekadar perkongsian dalam membicarakan tentang ilmu lama orang tua dulu-dulu yang telah pupus ditelan zaman, yang mana mungkin sudah ramai tidak mempercayainya.
2. Ilmu hanyalah untuk bahan bacaan atau sebagai bahan kajian ilmiah sahaja, mungkin ada di antaranya sukar difahami atau mungkin ada mengatakan ianya bertentangan dengan syarak, maka pertimbanglah dengan ilmu, iman dan akal.
3. DILARANG sama sekali anda menyalin, mengambil atau mengamalkanya tanpa kebenaran dan bimbangan guru yang boleh mengijazahkanya. Yang biasa dengan adab dan cara ilmu dulu-dulu pasti tahu mengenai hal ini.
4. Pihak KiDD tidak bertanggungjawab jika sesuatu yang tidak diingini (contohnya gila ISIM) terjadi kepada anda jika mengamal tanpa kebenaran dan tanpa bimbingan guru yang sebenarnya.
5. Ada ayat-ayat yang berbentuk ayat quran (arab) ditulis dalam rumi, jadinya sebutan mahraj huruf tidak tepat bila dirumikan. Sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang ini.
6. Berkemungkinan ilmu atau petua di sini ada persamaan atau serupa dengan ilmu yang anda miliki, itu bermakna kita mungkin sealiran atau serumpun walaupun kita berlainan perguruan. Silat dan perubatan dulu-dulu itu dari rumpun yang sama. Mohon tunjuk ajarku Sifoo, jika ada salah silapnya.
7. Ayat-ayat atau ilmu di sini kebanyakanya TIDAK disertakan dengan cara-cara, kaedah atau petua untuk mengamalkanya di atas sebab-sebab tertentu kerana untuk memelihara keaslian ilmu tersebut daripada jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekadar ayat tapi tidak tahu cara atau petuanya, tiada gunanya juga, Ingat!!! kata-kata orang tua dulu-dulu "PETUA MENDAHULI ILMU".
8. Sama-samalah kita kaji dan mengaji dan amal, yang salah jangan diguna pakai, yang baik, elok kita jadikan pedoman.
COMMENTS