Pawang Nong Sumpah Perangi Komunis

Itulah semangat kental datuk moyang kita menentang komunis, kita di zaman ini senang-senang saja dipermainkan oleh puak komunis yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Pawang Nong Ulu Cheka

“Janganlah takut, selagi bapak ada sama-samalah kita minta pertolongan Allah. Tiada siapa dapat menceroboh, malah bulu roma anak-anak semua pun tak akan gugur”.

Demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Pawang Nong kepada Koperal Adnan Ibrahim sebaik beliau dan anggotanya tiba ke Kampung Ulu Cheka ketika menjalankan satu misi pada September 1948.

Kata-kata itu sesungguhnya memberi semangat luar biasa kepada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu kerana mereka sebelum ini sering sahaja mendengar cerita tentang Pawang Nong dan kehebatannya.

Ketika itu, Kampung Ulu Cheka dan hutan berhampiran menjadi kawasan yang diancam oleh gerila komunis Melayu yang diketuai oleh Wan Ali.

Koperal Adnan pula pada masa itu telah menerima arahan oleh pegawai pemerintah RAMD di Jerantut untuk menjalankan tanggungjawab mengiringi seorang jurugambar untuk mengambil gambar penduduk Kampung Ulu Cheka bagi tujuan membuat kad pengenalan.

Maka dengan hati yang agak bimbang terserempak dengan Wan Ali yang diketahui mempunyai kebolehan luar biasa melawan musuh, Koperal Adnan bersama sembilan anggotanya menyelusuri denai sejauh tujuh batu menuju ke Kampung Ulu Cheka.

Setiba di kampung itu, mereka dipertemukan dengan Ketua Kampung Ulu Cheka iaitu Pawang Nong.

Pawang Nong yang cukup dikenali amat membenci komunis berjanji kepada Koperal Adnan dan anggotanya untuk membantu mereka menjalankan misi yang diamanahkan ketika itu.

Daripada situ tercetusnya Perang Perlok apabila pasukan Koperal Adnan bergabung tenaga dengan penduduk Kampung Ulu Cheka yang diketuai Pawang Nong menentang gerila komunis di Perlok setelah mendapat maklumat bahawa Wan Ali merancang menyerang kampung itu.

Kisah peperangan di Perlok yang membabitkan Pawang Nong itu adalah sebahagian daripada apa yang diceritakan di dalam buku bertajuk Askar Melayu 50 Tahun tulisan Tan Sri Abdul Samad Idris.

Kehebatan Pawang Nong memerangi komunis menjadi buah mulut bukan sahaja dalam kalangan penduduk Kampung Ulu Cheka tetapi juga seluruh Pahang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga Ketua Kampung Ulu Cheka, Nazri Che Husin, Pawang Nong yang dilahirkan pada 1874 di Kampung Sempiat, Tanjung Besar di Benta, Kuala Lipis bukan sahaja terlibat dengan perang Perlok tetapi juga perang Terbol dan Bukit Batu dalam daerah Jerantut untuk menghapuskan komunis sekitar 1948 sehingga 1952

“Pawang Nong bukan sahaja seorang pejuang tetapi juga tokoh pemimpin yang begitu disegani dan dihormati malah menjadi satu legenda di kampung ini dan juga di Pahang. Jasanya menentang komunis dan membangunkan Kampung Ulu Cheka amat besar dan cerita-ceritanya menjadi sejarah yang sentiasa diingati sehingga kini,” katanya.

pingat BEM

Menurut Nazri, kehebatan Pawang Nong menentang komunis telah menyebabkan pihak British menganugerahkan beliau dengan pingat British Empire Medal (BEM) yang amat jarang diterima orang Melayu ketika itu.

Katanya, Pawang Nong begitu membenci komunis sehinggakan beliau bersumpah tidak akan sesekali memberi muka kepada pengganas itu dan membiarkan mereka menguasai kampungnya mahupun tanah air.

Beliau berkata, beberapa peristiwa yang berlaku melibatkan Pawang Nong menyebabkan komunis ketika itu menjadi gerun dan tidak berani mengapa-apakan Pawang Nong ataupun penduduk kampung.

“Dalam satu kejadian di Pekan Damak, Pawang Nong dan anaknya Sulaiman diajak beberapa orang komunis berjumpa. Tetapi ketika sampai di tempat perjumpaan, komunis-komunis itu mengacukan senapang ke arah Pawang Nong dan anaknya. Tetapi Pawang Nong begitu tenang sedangkan anaknya sudah naik berang dan mematahkan besi untuk melawan.

“Pawang Nong kemudian menepuk meja sehingga menyebabkan meja itu terpelanting sementara komunis yang ada cuba menembaknya namun tidak berjaya. Sejak dari itu, komunis itu tidak lagi berani mengganggu atau memasuki Kampung Ulu Cheka,” katanya.

Katanya, selain pernah menyelamatkan seorang pembesar negeri di Maran, Pawang Nong pernah menyekat kemaraan tentera Jepun dari masuk ke Kampung Ulu Cheka melalui kebolehan ilmu batinnya.

“Ketika itu, tentera Jepun mahu menceroboh kampung ini, tetapi hujan turun dengan lebat sehingga menyebabkan tentera Jepun itu berenang-renang di dalam air bah. Keesokkannya, penduduk kampung mendapat cerita tentera Jepun itu sebenarnya berenang di atas kebun sayur lalu tersesat sehingga ke kawasan lain,” katanya.

Tambah Nazri, bagi menjaga keamanan kampung, Pawang Nong telah menubuhkan pasukan Home Guard di kampung itu selain sentiasa menjadi pawang utama, ketua adat resam kampung dan tempat rujukan bagi pelbagai masalah penduduk.

Makam Pawang Nong yang terletak dalam kawasan Masjid Ulu Cheka

Bagi menghargai jasa-jasa Pawang Nong, penduduk kampung telah mewujudkan sebuah galeri khas yang menyimpan koleksi barangan serta gambar pahlawan tersebut bagi tatapan generasi akan datang.

Itulah semangat kental datuk moyang kita menentang komunis dan jepun dulu, kita di zaman ini senang-senang saja dipermainkan oleh puak komunis yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Terkini kes bendera Malaysia berbintang lima, begitu mudah minta maaf, selesai masalah.

Jika difikir logik akal adalah mustahil boleh salah bendera Malaysia untuk penganjuran sebesar itu, bodoh sangat ke unit multimedia itu sehingga nak google search bendera Malaysia tak jumpa. Fikir-fikirkan ini bukan soal politik ini soal kedaulatan negara. Begitu mudah diperkotak katikkan. Ayoh bangsaku bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkin.

Ingat kita ada "sesuatu" yang tidak ada pada bangsa itu....

Jika berkehendak dalam blog ada diwariskan sedikit ilmu Pawang Nong carilah dan kongsilah kerana kita semakin dipenghujungnya....

COMMENTS

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Pawang Nong Sumpah Perangi Komunis
Pawang Nong Sumpah Perangi Komunis
Itulah semangat kental datuk moyang kita menentang komunis, kita di zaman ini senang-senang saja dipermainkan oleh puak komunis yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRcNLvc4fezMVMhJANW70aUpBLvrliKrF68FIUzJf34imXYlnotHWvc-0DFal1Y8qE8k6ZpPCt2PunfkJx6IZnB4cVADVFQARUlYgd5p4DoP3LQohj_512-f5tdGgNnwxwu5XWkTu6wCQ/s640/pawang+nong+ulu+cheka.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRcNLvc4fezMVMhJANW70aUpBLvrliKrF68FIUzJf34imXYlnotHWvc-0DFal1Y8qE8k6ZpPCt2PunfkJx6IZnB4cVADVFQARUlYgd5p4DoP3LQohj_512-f5tdGgNnwxwu5XWkTu6wCQ/s72-c/pawang+nong+ulu+cheka.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2019/11/pawang-nong-sumpah-perangi-komunis.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2019/11/pawang-nong-sumpah-perangi-komunis.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content