HomeKoleksiIlmuDulu-duluJampi

Ilmu Berjampi Serapah

Ilmu Berjampi Serapah

Rahsia jampi serapah ilmu orang tua dulu-dulu untuk dikaji dan dihayati bersama-sama...

Ilmu Pulih Seliuh
Cara Menangkis Ilmu Hitam
Kelebihan Lam Jalalah
Pengasih Sekampung
Termasuk dalam pemerhatian saya dalam pengkisahan Hulu Pahang ini berkait berjampi berjampah. Tujuan berjampi berjampah ini untuk mengubati penyakit, menghilangkan bisa bencana. Yang menjampi itu dibuat oleh Pawang yang diperaku dalam sesuatu kampung. Biasanya mereka ini mewarisi ilmu kepawangan ini daripada ibu bapa atau datok nenek mereka. Ada juga tuan imam yang mengubati penyakit itu dengan membuat air penawar yang dibacakan pada air itu beberapa potong ayat-ayat Al Quran yang terpilih. Baik Pak Imam atau Tok Pawang, urusan berjampi berjampah itu untuk tujuan pengubatan.

Untuk mendapatkan perubatan pada Pawang, keluarga pesakit perlu berjumpa Pawang sebelum Pawang melangkah keluar dari rumah. Dengan kata lain, keluarga pesakit akan menunggu di kaki tangga rumah Pawang. Apabila Pawang membuka pintu, ahli keluarga pesakit yang berhajat mendapatkan perkhidmatan Pawang akan segera menyampaikan maksud kedatangannya. Pawang biasanya akan bertanya latar belakang penyakit yang dihidapi oleh ahli keluarga pesakit itu.

Setelah Pawang bersetuju untuk memberi khidmat rawatan, diminta oleh Pawang supaya ahli keluarga pesakit menyediakan peralatan perubatan. Biasanya peralatan itu seperti satu doh tepong beras, bertih, lilin yang dibuat dari madu lebah, sebokor beras air yang dimasukkan ke dalam terenang, batang setawar, kunyit, daun cemomok, daun mengkuang yang dibungkus dengan daun balik angin, juga kemiyan hitam dan bara api. Proses perubatan itu akan dibuat selepas solat Maghrib.

Selesai bersolat Maghrib, Pawang akan pergi ke rumah pesakit. Di rumah pesakit, Pawang akan bertanya kepada pesakit perihal kesakitan yang dihadapinya. Sesudah itu, Pawang akan menyusun peralatan berubat yang disediakan oleh keluarga pesakit.

Perubatan pun dimulakan. Pawang akan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w.. Dia mencapai tiga batang dian @ lilin. Sumbu dian pertama dihidupkan. Dian itu diusap dengan tangan kanan ke atas lalu Pawang beryang-yang:

Perbakala, perbakeulu
Sangkala, sangkakeulu
Apa-apa si pertapa
Aku anak bentara guru
Kupinta kepadamu aku ambil akan saudaraku
Aku ambil akan sahabatku
Barang kusuruh segera jadi
Barang kucita segera engkau datang.
Perbakala, perbakeulu
Sangkala, sangkakeulu
Apa-apa si pertapa
Aku anak bentara guru
Kupinta kepadamu aku ambil akan saudaraku
Aku ambil akan sahabatku
Barang kusuruh segera jadi
Barang kucita segera engkau datang.

Dibacanya mantera itu sekali lagi.

Perbakala, perbakeulu
Sangkala, sangkakeulu
Apa-apa si pertapa
Aku anak bentara guru
Kupinta kepadamu aku ambil akan saudaraku
Aku ambil akan sahabatku
Barang kusuruh segera jadi
Barang kucita segera engkau datang.

Pawang memicing mata. Ditenungnya pergerakan api lilin. Api lilin itu meliuk-liuk ke kiri, ke kanan. Pawang terasa ada pergerakan angin masuk ke ruang tamu rumah. Dengan pandangan hati yang tajam, diusap dian itu ke atas, ke atas, ke atas, ke atas, ke atas, ke atas. Pawang beryang-yang lagi.

Hai sidang fakir
Hai sidang pendeta
Hai sidang arifin
Hai sidang urian
Adam bapamu, Hawa ibumu.

Dian itu direnungnya. Kerdipan api kadangkala malap, kadangkala terang. Malap terang. Malap terang. Malap terang. Pawang berfikir-fikir.

“Apakala hitam nyalaan dian itu, sidang fakirlah itu. Apabila putih nyalaan dian itu, sidang pendetalah itu. Apabila hijau biru nyalaan dian itu, sidang urianlah itu. Jangan dicitakan kita hendak melihat dia dengan mata kasar kita.”

Pawang menuding dian ke birai buyung air. Tahi dian dijatuhkan setitik demi setitik ke birai buyung air dan kemudian Jamin memacak buntut dian ke birai buyung air. Ditaburnya beras dalam terenang air. Dia memandang ke arah pesakit. Pawang mencapai sebatang dian lagi. Dihidupkan dian dan ditenung api dian itu. Dia mencari hakikat hadirnya sidang fakir, sidang pendeta, sidang arifin dan sidang urian. Kemudian dian itu ditanam ke dalam bokor beras. Setelah dian itu diperasap dengan kemenyan, Pawang menyusun mantera.

Wala faruka kafaru wasa ambaru sinnu kamarjanum wa sina kejuharu
Kukumu itu seperti kepung
Rambutmu itu seperti ambar gilang-gemilang cahayanya
Apa banyak ikan di laut roboh-roboh tiada bertulang
Lampung, sekalian belum jadi. Apa jadi jangan dijadikan.

Hai Pabateri, Pamintari
Angguru pemilik yang dewata
Kadarana pabantara pa’una
Mula jadi perbakala perbakeulu
Sangkakala sangkakeulu
Apa-apa si pertapa
Aku anak bentara guru
Sajaku pinta kepadamu yang banyak
Kepada ra yang sedikit
Kepadamu barangku cinta barang datang
Sirtidaku angan segera mari
Adam bapamu, Hawa ibumu.

Pawang menarik nafas panjang. Ditabur beras dalam terenang air. Dihidupkan dian ketiga. Dian itu dicacak pada birai buyung air. Batang setawar dimasukkan ke dalam terenang air. Dengan makrifat yang putus, jazam dan yakin; tiada syak secubit beras, sangka dan waswas lagi, Pawang menyusun doa. Selesai berdoa, dia memandang ke arah pesakit.

Selesai urusan itu, Pawang bangun. Dia mencapai daun mengkuang yang dibungkus dengan daun balik angin. Dimasukkan bertih dicelah daun mengkuang lalu melunus pesakit. Tiga kali dia berbuat begitu lalu daun mengkuang itu dicampakkan ke luar rumah melalui tingkap rumah yang sengaja dibuka. Akhirnya Pawang mencapai doh tepong beras lalu mengalin pesakit. Setiap tiga kali pusingan doh tepong beras itu, pawang akan menekan kuat doh itu ke badan pesakit lalu mencabut doh tepong beras itu dengan pantas. Selesai beralin tepong itu, pawang akan memantau atau mengikat penyakit.

Apabila prosedur pengubatan itu selesai, Pawang akan memberi tahu keluarga pesakit perihal penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Beliau meminta dimandikan air dari terenang kepada pesakit pada keesokan harinya. Beliau juga meminta ahli keluarga pesakit memastikan pesakit berpantang. Antaranya tidak dibenarkan pesakit keluar dari rumah. Tidak dibenarkan orang datang bertandang ke rumah pesakit. Tidak dibenarkan memakan beberapa jenis makanan dalam tempoh tertentu. Jika pesakit melanggar segala pantang larang itu, pesakitlah yang akan terkena bisa bencana akibat kecuaiannya.

Demikianlah kisahnya bab berjampi berjampah ini.

Dipetik dari hasil nukilan 
Hasanuddin Md Isa

COMMENTS

BLOGGER
Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Ilmu Berjampi Serapah
Ilmu Berjampi Serapah
Rahsia jampi serapah ilmu orang tua dulu-dulu untuk dikaji dan dihayati bersama-sama...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXSk2nNMcd1Eq9sH9cXX2auEWXKloFw6_Fu5p5l6OIHAzk-R97kOnTgIBp69kB_p58sgiI1cUGH8HdVGCtM1Ya9vcC2LcKez2ldoAE1KdSNrKiAzXTjYo10UHolXZO3qSUyB_b0UIoyNo/s640/berjampi+serapah.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXSk2nNMcd1Eq9sH9cXX2auEWXKloFw6_Fu5p5l6OIHAzk-R97kOnTgIBp69kB_p58sgiI1cUGH8HdVGCtM1Ya9vcC2LcKez2ldoAE1KdSNrKiAzXTjYo10UHolXZO3qSUyB_b0UIoyNo/s72-c/berjampi+serapah.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2017/08/berjampi-serapah.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2017/08/berjampi-serapah.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content