Cara Buat Minyak Urut

Minyak urut ada pelbagai kategori, ada yang diperbuat dari bahan tumbuhan, kulit...

cara buat minyak
Bersambung lagi dari bahagian ilmu mengurut. Sekadar perkongsian ilmu sahaja. Ok, bila masuk je bab mengurut tak lepas punya dari cerita penggunaan minyak yang digunakan untuk menggosok atau mengurut yang bertujuan untuk melicinkan, kalaulah tak pakai minyak alamatnya melelaslah kulit tu disebabkan kekesatan.

Minyak urut ada pelbagai kategori, ada yang diperbuat dari bahan tumbuhan, kulit atau daun dan ada juga yang diperbuat daripada haiwan contonya kambing gurun, lintah, burung but-but dan sebagainya.

Cara untuk membuat minyak akar kayu

Bahan-bahan

1. Minyak kelapa tanak - biasanya guna kelapa hijau (bukan kelapa muda warna hijau tu) nama dia kelapa hijau.

2. Minyak lenga (bijan)

3. Campuran serbuk akar kayu, iaitu akar tongkat ali, akar haji samad, akat setunjang bumi, akar teja lawang, akar tengkok biawak, akar sakar, akar mek dak, akar pak mulut, akar elex besi, akar elex tembaga. (kenal ke semua ni? ni kena belajar bab khasiat tumbahan tradisional pulak)

4. campuran lada hitam, bunga cengkeh, jadam, lengkuas kering, hadas pedas dan hadas manis.

5. burung but-but

6. burung ciak

7. serai wangi

Cara memproses

Burung but-but dan ciak disembelih (nanti akan dicerita tentang bagaimana nak dapatkan burung but-but nih), dicabut bulunya dan dibersihkan. Lada hitam bunga cengkeh, hadas palas, hadas manis dan lengkuas kering yg telah dijemur, digoreng tanpa minyak selama lima minit.

Kemudian masukkan minyak lenga, minyak kelapa dan serbuk akar kayu. Biarkan mendidih hingga minyak betul-betul masak kira-kira satu jam. Sebelum minyak diangkat dari api, serai wangi yang dititik dimasukkan ke dalam supaya minyak berbau wangi.

Kegunaan:

Untuk menurut sambil memulihkan penyakit ganguan saraf, seperti sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, terseliuh dan sebagainya. Boleh juga untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat gigitan serangga.

Koleksi Ilmu Dulu-Dulu (KiDD) biasanya kalau mengurut akan menggunakan minyak nyor hijau yang dimasak sendiri tanpa apa-apa campuran sebabnya aroma sejati dia tu yang bestnya.


P/s: InsyaAllah, nanti akan bersambung buat minyak lintah pulok (kasik power sikit).

Sila Baca - Panduan dan Peringatan ini

1. Blog KiDD ini sekadar perkongsian dalam membicarakan tentang ilmu lama orang tua dulu-dulu yang telah pupus ditelan zaman, yang mana mungkin sudah ramai tidak mempercayainya.

2. Ilmu hanyalah untuk bahan bacaan atau sebagai bahan kajian ilmiah sahaja, mungkin ada di antaranya sukar difahami atau mungkin ada mengatakan ianya bertentangan dengan syarak, maka pertimbanglah dengan ilmu, iman dan akal.

3. DILARANG sama sekali anda menyalin, mengambil atau mengamalkanya tanpa kebenaran dan bimbangan guru yang boleh mengijazahkanya. Yang biasa dengan adab dan cara ilmu dulu-dulu pasti tahu mengenai hal ini.

4. Pihak KiDD tidak bertanggungjawab jika sesuatu yang tidak diingini (contohnya gila ISIM) terjadi kepada anda jika mengamal tanpa kebenaran dan tanpa bimbingan guru yang sebenarnya.

5. Ada ayat-ayat yang berbentuk ayat quran (arab) ditulis dalam rumi, jadinya sebutan mahraj huruf tidak tepat bila dirumikan. Sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang ini.

6. Berkemungkinan ilmu atau petua di sini ada persamaan atau serupa dengan ilmu yang anda miliki, itu bermakna kita mungkin sealiran atau serumpun walaupun kita berlainan perguruan. Silat dan perubatan dulu-dulu itu dari rumpun yang sama. Mohon tunjuk ajarku Sifoo, jika ada salah silapnya.

7. Ayat-ayat atau ilmu di sini kebanyakanya TIDAK disertakan dengan cara-cara, kaedah atau petua untuk mengamalkanya di atas sebab-sebab tertentu kerana untuk memelihara keaslian ilmu tersebut daripada jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekadar ayat tapi tidak tahu cara atau petuanya, tiada gunanya juga, Ingat!!! kata-kata orang tua dulu-dulu "PETUA MENDAHULI ILMU".

8. Sama-samalah kita kaji dan mengaji dan amal, yang salah jangan diguna pakai, yang baik, elok kita jadikan pedoman.

COMMENTS

BLOGGER: 1

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Cara Buat Minyak Urut
Cara Buat Minyak Urut
Minyak urut ada pelbagai kategori, ada yang diperbuat dari bahan tumbuhan, kulit...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBd2EInnKfsQh6x7vvXpBUM_Z0vzBtNbChRh3zKtiVLqjGwt4VBVoCuFcoW0AHJPU9gZM8iW-azG2D14dKRsrtvZMVgbQ7Msoz2U-nG4oEapQnFZ6rWWe-Sc7iBwTuOXpLfEDAkLT_BuA/s640/minyak+but-but.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBd2EInnKfsQh6x7vvXpBUM_Z0vzBtNbChRh3zKtiVLqjGwt4VBVoCuFcoW0AHJPU9gZM8iW-azG2D14dKRsrtvZMVgbQ7Msoz2U-nG4oEapQnFZ6rWWe-Sc7iBwTuOXpLfEDAkLT_BuA/s72-c/minyak+but-but.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2014/04/cara-buat-minyak-urut.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2014/04/cara-buat-minyak-urut.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content