Terapi Bacaan Al-Quran bagi Sakit Jantung

Terapi Bacaan Ayat Al-Quran dari Surah Al-Isra' ayat 40 hingga 55 adalah Terapi Penyakit berkaitan jantung, saluran darah tersumbat, kolesterol...

Terapi Bacaan Ayat Al-Quran dari Surah Al-Isra' ayat 40 hingga 55 adalah Terapi Penyakit berkaitan jantung, saluran darah tersumbat, kolesterol dan jantung berlubang. Video terapi bacaan diulang-ulang 11 kali tanpa henti, sesuai diperdengarkan atau dijadikan amalan pesakit berkaitan jantung dan semua umat islam. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Al Quran sumber segala ilmu, baik yang zahir maupun yang batin. Al Quran penawar segala penyakit yang ada di dalam dunia ini, Melainkan penyakit mati yang tiada penawarnya. 

Berikut dikongsikan kegunaan ayat-ayat tertentu untuk terapi mengubat pelbagai penyakit:

1. Penyakit Barah atau kenser

Dengar, baca dan amalkan surah Al Mukminun

Ayat 91 hingga 100

https://youtu.be/wn7g3-pIFWg

2. Penyakit Kencing Manis.

Dengar, baca dan amalkan surah Al Anbia'

Ayat 62 hingga 73

https://youtu.be/KzQH4a_-qy8

3. Penyakit berkaitan jantung, saluran darah tersumbat dan jantung berlubang.

Dengar, baca dan amalkan surah Al Isra'

Ayat 40 hingga 55

https://youtu.be/zLLAejKVDvM

4. Tahan Sakit.

Dengar, baca dan amalkan surah Al Kahfi

Ayat 32 hingga 50

https://youtu.be/HBgH5lsGc2U

5. Semua jenis penyakit ( yang ni seelok-eloknya dihafaz).

Dengar, baca dan amalkan surah Al Baqarah

Ayat 1 hingga 25 dan Ayat 244 hingga 255

https://youtu.be/ovAE6yAkLiQ

.........................................................

Soalan : (Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Assalamualaikum S.S Datuk. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah terapi al-Quran? Apakah hukumnya?

Jawapan :

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, terapi membawa maksud rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa menggunakan ubat atau pembedahan. Terapi al-Quran pula bermaksud merawat penyakit secara proses pemulihan dengan menggunakan al-Quran.

Secara asasnya, al-Quran adalah penyembuh, doa dan zikir yang paling mustajab. Firman Allah swt :

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya :” Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

(Surah al-Isra’ :82)

Kata Imam al-Baidawi berkenaan ayat ini :

“Iaitu yang boleh menguatkan agama mereka dan juga memberi kebaikan seperti ubat penyembuh bagi orang yang sakit.”

Rujuk Tafsir al-Baidawi ( 3/445)

Begitu juga firman Allah swt :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya :” Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

(Surah Yunus : 57)

Terapi al-Quran lebih kurang sama dengan ruqyah Syar’iyyah. Iaitu membaca al-Quran sebagai usaha penyembuhan. Bezanya ialah terapi al-Quran lebih kepada pesakit untuk membacanya sendiri berbanding mencari orang untuk membacakan ruqyah kepadanya.

Perlakuan ini tidak ada masalahnya selagi mana tidak melakukan perkara-perkara yang syirik. Ini berdasarkan sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh ‘Auf Bin Malik al-‘Asyja’ie. Sabda Nabi saw :

اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

Maksudnya :” Bentangkan kepadaku ayat ruqyah kalian. Tidak mengapa untuk beruqyah selagi mana tidak ada syirik.”

Riwayat Muslim (5862)

Kata Sheikh ‘Azim al-Abadi :

“Hadis ini menjadi dalil keharusan untuk beruqyah dan berubat menggunakan apa yang tidak ada kemudaratan dan juga dengan sesuatu yang tidak bercanggah dengan syara’.”

Rujuk ‘Aun al-Ma’bud ( 10/266)

Oleh itu, kami melihat terapi menggunakan al-Quran tidak menjadi kesalahan. Bahkan ia juga adalah salah satu cara untuk menenangkan jiwa dan hati. Firman Allah swt :

أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّـهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ

Maksudnya :” Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(Surah al-Ra’du : 28)

Kesimpulannya, harus dan tidak mengapa untuk berterapi dengan al-Quran kerana ia adalah salah satu cara penyembuhan dan juga penyebab tenangnya hati. Di samping itu kami mengesyorkan beberapa perkara berkenaan kaedah terapi ini :

1. Berusaha untuk memperbetulkan bacaan ayat al-Quran

2. Cuba untuk memahami setiap ayat al-Quran yang digunakan sebagai terapi.

Wallahu’alam.


COMMENTS

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Terapi Bacaan Al-Quran bagi Sakit Jantung
Terapi Bacaan Al-Quran bagi Sakit Jantung
Terapi Bacaan Ayat Al-Quran dari Surah Al-Isra' ayat 40 hingga 55 adalah Terapi Penyakit berkaitan jantung, saluran darah tersumbat, kolesterol...
https://i.ytimg.com/vi/zLLAejKVDvM/hqdefault.jpg
https://i.ytimg.com/vi/zLLAejKVDvM/default.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2021/03/terapi-bacaan-al-quran-bagi-sakit.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2021/03/terapi-bacaan-al-quran-bagi-sakit.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content