Jangan Ada Dakwa SILAT Itu Milik Mereka

Bukan mudah untuk silat menerima pengiktirafan sebesar itu dan proses memperoleh pengiktirafan juga memakan masa panjang...

silat malaysia

"PENGIKTIRAFAN ini bermaksud silat sudah tidak boleh dituntut mana-mana pihak pada masa akan datang sebagai warisan kebudayaan negara-negara tertentu."

Demikian pandangan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin selepas seni mempertahankan diri silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity ( Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan) oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Jelas Megat, bukan mudah untuk silat menerima pengiktirafan sebesar itu dan proses memperoleh pengiktirafan juga memakan masa panjang.

"Contohnya untuk Melaka diiktiraf sebagai Bandaraya Bersejarah di bawah Unesco, ia mengambil masa selama 10 tahun. Itu pun dengan syarat Melaka perlu didaftarkan bersama dengan Pulau Pinang.

"Kami pada awalnya juga menjangkakan akan mengambil masa selama itu tetapi pengiktirafan ini nampaknya dipercepatkan. Permohonan sudah dilakukan sejak 2013 lagi dan pernah ada beberapa fakta ditolak sebelum kami perlu memberi penjelasan lebih kukuh kepada Unesco," katanya selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan pengiktirafan itu diberikan pada persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia dari 9 hingga 14 Disember.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, perkara itu diputuskan badan dunia itu yang dianggotai 24 Ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat terdiri daripada negara anggota yang dipilih untuk mengisi kerusi jawatankuasa itu untuk tempoh enam tahun.

Sumber: HM

COMMENTS

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Jangan Ada Dakwa SILAT Itu Milik Mereka
Jangan Ada Dakwa SILAT Itu Milik Mereka
Bukan mudah untuk silat menerima pengiktirafan sebesar itu dan proses memperoleh pengiktirafan juga memakan masa panjang...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyZCRWtsKbP6MLV_jpB2icb3QGhSptlLi48TdqmuKGFqYVexzzIq5ACDzQ0NjGbBbEZEqdafy2mrVPy7uC8cjtSqmzRkyqrzMQ1wM-kz4K14Y6R61BPXtxHms3QEXHybwA4n3HZMZZQBw/s640/silat+milik+malaysia.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyZCRWtsKbP6MLV_jpB2icb3QGhSptlLi48TdqmuKGFqYVexzzIq5ACDzQ0NjGbBbEZEqdafy2mrVPy7uC8cjtSqmzRkyqrzMQ1wM-kz4K14Y6R61BPXtxHms3QEXHybwA4n3HZMZZQBw/s72-c/silat+milik+malaysia.png
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2019/12/jangan-ada-dakwa-silat-itu-milik-mereka.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2019/12/jangan-ada-dakwa-silat-itu-milik-mereka.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content