Amalan Khurafat dalam Silat Melayu

Belajar seni mempertahankan diri tidak salah di dalam Islam. Ia termasuk di dalam usaha memelihara diri dari bahaya.

silat khurafat

Belajar seni mempertahankan diri tidak salah di dalam Islam. Ia termasuk di dalam usaha memelihara diri dari bahaya. Melengkapkan diri dengan seni mempertahankan diri tidak bermakna kita tidak bergantung dengan ALLAH. Usaha itu disuruh di dalam agama, menafikan usaha seolah-olah menafikan kebijaksanaan ALLAH menciptakan sebab musabah dalam sesuatu hal. Maka belajar seni mempertahankan diri merupakan usaha kita berdepan dengan sebab musabab yang boleh membawa kepada mudharat.

Tidak semestinya seni silat sahaja yang boleh dipelajari untuk mempertahankan diri, begitu juga dengan seni-seni mempertahankan diri yang lain. Yang penting seni mempertahankan diri itu mestilah jauh dari unsur-unsur syirik, khurafat dan bid'ah.

Kalau seni silat sekalipun, tetapi ianya mengandungi perkara-perkara syirik, khurafat dan bid'ah seperti mandi bunga, mandi limau, mandi tawassul dengan kain putih dan seumpamanya, maka sudah tentu kita tidak boleh menyertainya. Carilah seni mempertahankan diri yang lain yang jauh dari unsur-unsur syirik, khurafat bid'ah dan seumpamanya.

Sedar atau tidak, banyak perlakuan dan pengamalan kita seharian seringkali terjebak dengan perkara khurafat yang mengundang syirik kepada Allah SWT. Perkara ini sukar dibendung memandangkan golongan lama menganggap ianya sebagai satu adat yang perlu dipertahankan.

Lebih mengundang bahaya apabila ianya semakin membarah lalu dipraktikkan pula oleh golongan yang jahil dan tidak tahu hakikat kebenarannya. Kebanyakkan unsur khurafat ini hasil tempias budaya dan agama hindu yang menapak sebelum kedatangan Islam.

Ternyata bila diselidiki, masih ramai pengamal ilmu silat memasukkan unsur-unsur ilmu kebal, pemujaan, pertapaan dan unsur khurafat di setiap akhir pembelajaran silat.

Ilmu mempertahankan diri ( silat ) memang ada keperluan bagi seorang Islam mempersiapkan diri dan melengkapkan senjata untuk mempertahankan diri, agama dan negara. Namun bahayanya timbul apabila dalam ilmu mempertahankan diri terdapat syarat-syarat yang mempunyai unsur-unsur penyembahan, pemujaan, penghambaan diri dan permohonan bantuan dari kuasa atau atau tenaga ghaib. Diantara syarat-syarat tersebut termasuk :-
  • Menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.
  • Melakukan acara gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memulakan dan menamatkan latihan.
  • Semah gelanggang dengan menyembelih ayam atau menyiram darah binatang (sebagai sajian untuk makhluk-makhluk tertentu).
  • Mandi dengan air mandian tertentu sbagai lambang membuang sial.
  • Tidak boleh banyak menyoal tindakan guru, mesti ada sifat taksub dan berserah kepada guru.
  • Perlu bertapa sebelum diberikan sesuatu ilmu.
  • Tidak boleh meninggalkan solat, padahal sudah jelas wajibnya dalam Islam.
Amalan-amalan di atas jelas mengandungi unsur-unsur khurafat! Diharapkan para pengamal silat atau seni mempertahankan diri bersifat waspada dan peka akan perkara-perkara tersebut sebelum melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Unsur-unsur khurafat yang serupa boleh juga didapati dalam amalan ilmu kebatinan lain seperti ilmu perbomohan, ilmu perbidanan dan lain-lain; contohnya semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak, memanggil roh datuk nenek dan sebagainya. Maka manusia mestilah menghindarkan diri daripada mereka yang mempraktikkan amalan-amalan ini sekiranya nyata bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.

Sumber: pilihanustaz.blogspot.my

COMMENTS

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Amalan Khurafat dalam Silat Melayu
Amalan Khurafat dalam Silat Melayu
Belajar seni mempertahankan diri tidak salah di dalam Islam. Ia termasuk di dalam usaha memelihara diri dari bahaya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ9YMJmTLXTN534dXwxGSH7Z-V-m0heKYouohU2jGOEZWv9uu8J38-SKvSCxPpWR0e3luyu6na23YfHlUX0uRmThpt1y3s7yOG1gKWfb-JC7kbWoDpGuPUpp9EoGfHSVEePKkO7szWl6s/s640/khurafat+silat.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ9YMJmTLXTN534dXwxGSH7Z-V-m0heKYouohU2jGOEZWv9uu8J38-SKvSCxPpWR0e3luyu6na23YfHlUX0uRmThpt1y3s7yOG1gKWfb-JC7kbWoDpGuPUpp9EoGfHSVEePKkO7szWl6s/s72-c/khurafat+silat.jpeg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2019/11/amalan-khurafat-dalam-silat-melayu.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2019/11/amalan-khurafat-dalam-silat-melayu.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content