Adalah yang berikut perkongsian ilmu berkaitan persilatan antaranya adalah: ibu gayung, buka langkah, penunduk binatang buas, penunduk manusia....
Adalah yang berikut perkongsian ilmu berkaitan persilatan antaranya adalah: ibu gayung, buka langkah, penunduk binatang buas, penunduk manusia, zikir minta izin dengan Allah SWT, pulih seliuh dan permain Syeikh Dalbi Album.
Ibu Gayung
ro ju hom penama besi
mata Allah hujung Muhammad
Buka langkah
hak Allah kembali kepada Allah
Penunduk (binatang buas)
Penunduk (manusia)
Minta izin pada Allah
Alhamdulillah 33x
Allahu Akbar 33x
Assalamualaikum,
Ya saudaraku sekalian malaikat 40,000
tolong pelihara aku menentang musuh dengan izin Allah
Pulih Seliuh
Inna a'toina kal kautsar...3x
Syeikh Dalbi Album
minta apin aku inapsi billahil a'liy yil a'zim
Sila Baca - Panduan dan Peringatan ini
1. Blog KiDD ini sekadar perkongsian dalam membicarakan tentang ilmu lama orang tua dulu-dulu yang telah pupus ditelan zaman, yang mana mungkin sudah ramai tidak mempercayainya.
2. Ilmu hanyalah untuk bahan bacaan atau sebagai bahan kajian ilmiah sahaja, mungkin ada di antaranya sukar difahami atau mungkin ada mengatakan ianya bertentangan dengan syarak, maka pertimbanglah dengan ilmu, iman dan akal.
3. DILARANG sama sekali anda menyalin, mengambil atau mengamalkanya tanpa kebenaran dan bimbangan guru yang boleh mengijazahkanya. Yang biasa dengan adab dan cara ilmu dulu-dulu pasti tahu mengenai hal ini.
4. Pihak KiDD tidak bertanggungjawab jika sesuatu yang tidak diingini (contohnya gila ISIM) terjadi kepada anda jika mengamal tanpa kebenaran dan tanpa bimbingan guru yang sebenarnya.
5. Ada ayat-ayat yang berbentuk ayat quran (arab) ditulis dalam rumi sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang ini.
6. Berkemungkinan ilmu atau petua di sini ada persamaan atau serupa dengan ilmu yang anda miliki, itu bermakna kita mungkin sealiran atau serumpun walaupun kita berlainan perguruan. Silat dan perubatan dulu-dulu itu dari rumpun yang sama. Mohon tunjuk ajar jika ada salah silapnya.
7. Ayat-ayat atau ilmu di sini kebanyakanya TIDAK disertakan dengan cara-cara, kaedah atau petua untuk mengamalkanya di atas sebab-sebab tertentu kerana untuk memelihara keaslian ilmu tersebut daripada jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekadar ayat tapi tidak tahu cara atau petuanya, tiada gunanya juga, Ingat!!! kata-kata orang tua dulu-dulu "PETUA MENDAHULI ILMU".
8. Sama-samalah kita kaji dan mengaji dan amal, yang salah jangan diguna pakai, yang baik, elok kita jadikan pedoman.
Boleh saya tahu siapa Syeikh Dalbi album yang dimaksudkan di atas....jika tidak keberatan,saya ingin tahu cara-cara mengamal beberapa ilmu tuan yang terdapat di dalam laman ini. Saya juga mengamalkan beberapa ilmu orang-orang lama dan tidak salah rasanya jika kita berkongsi...jika tidak sesuai di tunjukan di sini,tuan boleh emai saya...jika tidak keberatan
Deletesalam,
DeleteBoleh terangkan lebih lanjut ttg ibu gayung? Jika keberatan disini, boleh hubungi saya. Tumpang belajar daripada saya yg mengharap..
sekian,
salam...
DeleteNasihat dan gesaan saya di sini ambillah sesuatu ilmu untuk diamal yang mempunyai guru mursyid dan sanad salasilah yang jelas hingga kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W...utamakan ilmu fardhu ain iaitu tauhid,feqah dan tasawuf. Memang benar kita dituntut menjadi manusia yang mampu menzahirkan khawariqul adat atau makna lainnya maqbul doa atas nama maunah dan karamah. Tetapi perlu diingat khawariqul adat itu terbahagi kepada 8. 4 khawariqul adat yang dipuji dan 4 khawariqul adat yang dikeji. Penerangan ini boleh didapati dari alim ulama yang ahli dalam bab kerohanian.