Berikut adalah koleksi mengenai persilatan antaranya: ayat seru 1, kebal jamah, pantaskan diri, tahan kulit, mandi embun, pemantas, pendinding...
Gambar sekadar hiasan, sumber google. Berikut adalah koleksi mengenai persilatan antaranya: ayat seru 1, kebal jamah, pantaskan diri, tahan kulit, mandi embun, pemantas, pendinding, ayat seru 2 dan pasung bumi atau pasak bumi.
Sekadar perkongsian, itulah ilmu dulu-dulu bercampur aduk. Perlukan kefahaman diri dalam ajaran islam, mahir sifat 20 untuk kenal dan mengamalkannya.
Kita tapis mana yang boleh mana yang tidak, mana yang syirik mana yang tidak, inilah tujuan KiDD untuk berkongsian pengalaman mengenai ilmu lama-lama ini. Semoga menjadi penduan untuk kita semua.
Ayat Seru 1
Assalamualaikumhei Sheikh Rahman Sheikh subhadi nurul amsah berhampirlah engkau dengan aku terus menerus, panjang memanjang, lintang melintang hingga sampai ketulang yang hitam.
hei nuru yuk nurul kaf
nurul kaf bahagian Tuhan
nur mani bahagian aku.
Kebal Jamah
hei maharaja besi, aku mengambil asal kebal jamah 3x
hidung, dagu, tulang belakang, sudu hati, jenunking, hujung zakar
Pantaskan Diri
hei Jibril inilah limau minta tolong pantaskan kaki tanganku,
minta selidipkan mata ku, minta jaga kekuatan diri badan ku
ini lah limau tempat meletak jampi
Tahan Kulit
ludah atas tapak tangan, sapu pada tangan-kiri dahulu sambil membaca Al Hamdulillah 7x
Mandi Embun
- Ambil air embun pada hujung2 daun pada waktu subuh
- Baca "wal yatalathof" sapu pada tangan kiri dahulu 7x
Pemantas
Pedinding
Hei jin hitam di hadapanku, jin putih di kiriku jagalah sekeliling badanku dari segala bahaya
Ayat Seru 2
jika ada sesak sukar aku ditengah gelangang dikhalayak ramai datang tolonglah aku
jangan beri aib padaku
aib aku, aib engkau jua
Pasung Bumi
Sila Baca - Panduan dan Peringatan ini
1. Blog KiDD ini sekadar perkongsian dalam membicarakan tentang ilmu lama orang tua dulu-dulu yang telah pupus ditelan zaman, yang mana mungkin sudah ramai tidak mempercayainya.
2. Ilmu hanyalah untuk bahan bacaan atau sebagai bahan kajian ilmiah sahaja, mungkin ada di antaranya sukar difahami atau mungkin ada mengatakan ianya bertentangan dengan syarak, maka pertimbanglah dengan ilmu, iman dan akal.
3. DILARANG sama sekali anda menyalin, mengambil atau mengamalkanya tanpa kebenaran dan bimbangan guru yang boleh mengijazahkanya. Yang biasa dengan adab dan cara ilmu dulu-dulu pasti tahu mengenai hal ini.
4. Pihak KiDD tidak bertanggungjawab jika sesuatu yang tidak diingini (contohnya gila ISIM) terjadi kepada anda jika mengamal tanpa kebenaran dan tanpa bimbingan guru yang sebenarnya.
5. Ada ayat-ayat yang berbentuk ayat quran (arab) ditulis dalam rumi, jadinya sebutan mahraj huruf tidak tepat bila dirumikan. Sila rujuk kepada yang pakar dalam bidang ini.
6. Berkemungkinan ilmu atau petua di sini ada persamaan atau serupa dengan ilmu yang anda miliki, itu bermakna kita mungkin sealiran atau serumpun walaupun kita berlainan perguruan. Silat dan perubatan dulu-dulu itu dari rumpun yang sama. Mohon tunjuk ajarku Sifoo, jika ada salah silapnya.
7. Ayat-ayat atau ilmu di sini kebanyakanya TIDAK disertakan dengan cara-cara, kaedah atau petua untuk mengamalkanya di atas sebab-sebab tertentu kerana untuk memelihara keaslian ilmu tersebut daripada jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekadar ayat tapi tidak tahu cara atau petuanya, tiada gunanya juga, Ingat!!! kata-kata orang tua dulu-dulu "PETUA MENDAHULI ILMU".
8. Sama-samalah kita kaji dan mengaji dan amal, yang salah jangan diguna pakai, yang baik, elok kita jadikan pedoman.
COMMENTS