Mencari Rahsia Ilmu Persilatan Melayu

Di manakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU Adakah pada ILMU...

Rahsia Ilmu Persilatan Melayu
Di manakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU?

Adakah pada ILMU dan AMALANnya?
Adakah pada GURU dan PENGAMALnya?
Adakah pada NAMA SILAT itu sendiri?
Adakah pada BANGSA yang menjadi pelopornya?
Adakah pada senjata KERISnya? Ataupun pada FALSAFAHnya?

Majoriti yang akan memberi jawapan bahawasanya yang HEBAT itu hanya ALLAH SWT semata. Tiada yang hebat selainnya. NOKTAH!

Bila ditanya pula PERBANDINGAN di antara SILAT dengan BELADIRI ASING, jawapan biasa didengar adalah SEMUAnya HEBAT kerana ILMU itu milik ALLAH SWT. NOKTAH!

Inilah jawapan-jawapan yang BIASA diterima dari mulut bangsa kita yang sememangnya malas untuk berfikir, malas untuk buat kajian, malas belajar,malas merenung kehebatan Maha Pencipta, serba serbi malas dan hanya menerima sahaja sesuatu perkara itu TANPA MAHU MENILAI adakah ianya baik/ memberi manfaat dan apa Rahsia disebaliknya.

Untuk mengetahui jawapannya, sang faqir akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang SILAT MELAYU ini dan diakhirnya InsyaAllah tuan/puan akan mampu bertemu jawapannya.

BAIAH/SUMPAH/IKRAR/PERLIMAU/PINANG

Dalam ADAT dan ADAB SILAT MELAYU, sebelum murid diterima belajar atau mempelajari sesuatu ILMU dalam Silat, mereka perlulah melalui suatu Majlis yang mana mereka perlu MENGADAP GURU dan menyatakan hasrat hati mereka untuk belajar dan sanggup menjadi murid serta akur pada ketetapan/ peraturan yang telah digariskan oleh GURU. Pada saat dan ketika itu, bermulalah suatu AKAD dan terjalinlah secara ROHANInya suatu IKATAN HUBUNGAN antara GURU dan MURID. 

Makanya, murid tersebut dikatakan telah mengambil BAIAH dan mendapat SANAD yang jelas. SANAD ILMU merupakan ROH kepada sesuatu ILMU. Pengajian secara berSANAD amat dititikberatkan kerana banyak ROH ILMU itu berkesinambungan sehingga kepada GURU YANG ASAL. ADAB BERGURU adalah KUNCI kejayaan bagi seseorang murid. Seseorang murid itu akan sedaya upaya akur dan mengikut tanpa banyak soal apa yang diajar oleh Guru.

Persoalannya; DARI MANAKAH DATANGNYA AMALAN SEPERTI INI? 

Kata Kunci: ADAB BERGURU, BAIAH, SANAD ROH ILMU, AKAD

FIZIKAL DAN SPRITUAL

Dalam Keilmuan Silat terdapat 2 elemen utama yang merangkumi ILMU FIZIKAL dan ILMU SPIRITUAL. Sesuai dengan ALAM ini yang dicipta secara berpasang-pasangan. Ilmu Fizikal terdiri daripada pelbagai disiplin Ilmu seperti ;

1. SENAMAN MELAYU – Amat sesuai diamalkan dikesemua peringkat umur dan ada yang khusus kepada lelaki dan perempuan. Senaman Melayu ini walaupun nampak “simple” tetapi impaknya begitu berkesan sekali. Diamalkan beserta PERNAFASAN MELAYU yang mampu membangkitkan TENAGA DALAM si pengamalnya. Maka, tidak hairanlah walaupun pengamal senaman Melayu tidak berotot dan tegap seperti mat saleh yg berlatih di gym, tetapi mereka lebih KUAT, lebih FLEKSIBEL, lebih SIHAT dan lebih TANGKAS.

2. TARIAN SILAT – Antara ILMU yang tiada dalam mana-mana Ilmu beladiri asing. Ia mampu melatih pergerakan sendi dan “minor muscles” yang amat jarang digunakan dlm kehidupan seharian. Minor muscles yang utuh akan memberi kuasa tambah kepada kumpulan otot utama badan. Akhirnya, latihan TARIAN SILAT akan menjadikan pengamalnya dapat menguasai ELEMEN LEMBUT dan KERAS (di sinilah RAHSIA pengamal Silat dalam kehebatannya mengemudi pelbagai jenis senjata terutamanya Seni Kain (Cendai). 

Dalam Tarian Silat juga diselitkan dengan cerita-cerita dan falsafah tentang Ketuhanan dan Alam. Kepada yang benar-benar menghayati dan memahaminya, tatkala jari-jemari bergerak tari, sebenarnya mereka sedang MEMUJI dan MENGINGATI akan SANG PENCIPTA ALAM. Gerak ALIF, Gerak LAM ALIF sebagai PENAFIAN GERAK DIRI, Gerak ALAM dan segalanya mempunyai cerita yang tersendiri. 

3. PERGERAKAN DAN BUAH SILAT – Ianya diciptakan sesuai dengan GERAK FITRAH MANUSIA. Kemampuan dalam penguasaan ELEMEN LEMBUT dan KERAS memberi kelebihan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan Tempur terutama dalam SENI KUNCIAN. Boleh dikatakan setiap kelebihan yang ada pada setiap seni beladiri asing, ianya turut ADA DALAM SILAT MELAYU. Sbg contohnya;;

1. Aikido dengan seni sendi – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
2. Muay Thai dengan seni siku dan lutut - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
3. Karate dengan KATA nya – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
4. Taekwondo dengan seni kakinya – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
5. Ninja dengan kecepatan dan tipu helah - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
6. Samurai dengan seni pedangnya - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
7. Silambam dengan seni tongkatnya - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
8. Capoeira dengan kelincahan dan akrobatik - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
9. Judo dengan seni jatuhan dan humbanan - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
10. Jujitsu dengan seni kunci dan pergelutan - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
Cukup setakat ini contohnya.

4. PETUA – Merupakan “PAKAIAN” buat GURU-GURU SILAT MELAYU. Petua merupakan Keputusan Ilmu berdasarkan PENGALAMAN atau ILHAM Guru-Guru silam. Ia mampu untuk memendekkan masa pengamalnya untuk menguasai sesuatu Ilmu yang dipelajari. Bahkan melalui PETUA juga Ilmu yang dipelajari menjadi lebih EFEKTIF dan MERBAHAYA. Pernahkah tuan/puan dengar cerita-cerita yg mana seorang Guru Silat Melayu yang cuma berbadan kecil tetapi mampu menewaskan musuh yg bersaiz besar? 

Hanya menggunakan satu jari tapi mampu menjatuhkan lawan dgn mudah? Hanya berkain sarung tetapi mampu menewaskan sekumpulan musuh yang ramai dan siap bersenjata lagi? Itulah hebatnya PETUA. Tetapi yang lebih hebat adalah sikap seorang GURU SILAT yang mampu MENYIMPAN RAHSIA ini! Mereka hanya curahkan Petua ini pada yang benar-benar layak sahaja. Itulah yang dikatakan seorang yang berADAB dengan ILMU dan AMANAH dalam menyimpan Rahsia. DARI MANAKAH DATANGNYA AJARAN YANG MURNI INI?

SPIRITUAL

Dalam bab spritual ini, Bangsa Melayu memang amat terkenal dengan kehebatannya. Banyak hal yang ingin sang faqir kongsikan, cuma pada post kali ini, sang faqir nak senaraikan ILMU-ILMU HIKMAH yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Antaranya

1. Ilmu Pembias – Kalau tembak peluru terkalih bila hampir sampai ke tubuh.
2. Ilmu Kebal – Tak lut bila ditetak, tak terpotong bila dihiris, tak luka bila ditikam.
3. Ilmu Kunci Senjata – Bila nak tembak tak boleh nak tekan picu.
4. Pasak/Pasung Bumi – Kunci segala gerak sendi musuh.
5. Lipat Bumi – Cepat sampai ke destinasi,ada yang Cuma sekelip mata.
6. Telepati – Berkomunikasi tanpa suara.
7. Jurus Angin/Kipas Nandung – Pukulan jarak jauh.
8. Ilmu Pembisa – Setiap pukulan akan lekat bisa pada musuh.
9. Ilmu Pemantas/halilintar– Pergerakan tangan kaki jadi cepat pada pandangan musuh.
10. Ilmu Pelimun – Ghaib pada pandangan musuh.
11. Ilmu Meraga Sukma – Mampu keluar dari Jasad (Roh idhofi tetap ada dlm jasad)
12. Ilmu Terawangan – Mampu meneroka melalui kuasa minda.
Dan pelbagai lagi.

Sekelian Ilmu di atas merupakan PENGETAHUAN BANGSA MELAYU AKAN RAHSIA DIRI DAN ALAM. Ianya juga mampu untuk diterangkan secara saintifik dan juga secara metafizik. Sememangnya tiada unsur yg melibatkan campurtangan jin pada asalnya. Cuma, bila mana ada segelintir manusia yang MALAS BERAMAL dan MENGAJI dengan PENDITA GURU, maka mereka mengambil jangan yg singkat (ditipu oleh jin) supaya dapat mencapai sepertimana ILMU-ILMU diatas.

Disalin tanpa suntingan dari post Hj Yaacob Hj Idris pada 10 Sept 2013 semoga ia berguna untuk kita semua sebagai panduan.

COMMENTS

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Mencari Rahsia Ilmu Persilatan Melayu
Mencari Rahsia Ilmu Persilatan Melayu
Di manakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU Adakah pada ILMU...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiICEwEQp_RcNg0-I9R_50W7hN8_qKUYQsZOXES8-Tu4yiBvfk_0WbAn6kpfczYsUOo7q5j22Ui6Iammu-ORtqqUfQtAy3xQzRiX77GepqATZODUUTHQ1NURwiNREALHsuhJVeTcVk0zu4/s640/rahsia+ilmu+persilatan+melayu.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiICEwEQp_RcNg0-I9R_50W7hN8_qKUYQsZOXES8-Tu4yiBvfk_0WbAn6kpfczYsUOo7q5j22Ui6Iammu-ORtqqUfQtAy3xQzRiX77GepqATZODUUTHQ1NURwiNREALHsuhJVeTcVk0zu4/s72-c/rahsia+ilmu+persilatan+melayu.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2017/08/mencari-rahsia-ilmu-persilatan-melayu.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2017/08/mencari-rahsia-ilmu-persilatan-melayu.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content