Di mana Silapnya Silat Melayu?

Di mana silapnya sehinggakan Silat Melayu yang digeruni kehilangan taringnya bila berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar? Silat hanya menjadi persembahan di gelanggang dan buah-buah silat hanya nampak gah apabila dipraktis bila berdemo bersama rakan-rakan seperguruan. Apabila berlawan hilang silatnya. Di mana silapnya?


"Aku dah 5 tahun bersilat, tapi bila bergaduh jadi koboi jugak. Buah silat hilang entah kemana" Kata pesilat wakil sekolah kepada rakan seperguruannya. Beliau sudah lengkap pengajiannya sehingga ke bengkung hitam dan menyandang beberapa pingat persembahan silat namun masih gagal mempraktikkan silat dalam situasi sebenar.

Di mana silapnya sehinggakan Silat Melayu yang digeruni kehilangan taringnya bila berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar? Silat hanya menjadi persembahan di gelanggang dan buah-buah silat hanya nampak gah apabila dipraktis bila berdemo bersama rakan-rakan seperguruan. Apabila berlawan hilang silatnya. Di mana silapnya?

Sistem pembelajaran silat sekarang telah jauh dari keasliannya. Kalau zaman dahulu anak murid apabila balik dari mengaji silat, badan mereka lebam-lebam dan calar balar menjadi perkara biasa. Sekarang ibu bapa takut anak-anak mereka cedera. Ilmu silat sekarang telah "dilembutkan" sesuai dengan kondisi remaja zaman sekarang yang kurang daya tahan lasaknya. Dan akhirnya pengajian silat telah disunting dan hanya bersifat kesenian dan persembahan semata-mata, asal lengkap bengkung dikira hebat. Akhirnya Pencak Silat itu diperlekehkan kerana jika dibandingkan dengan seni beladiri import yang jauh lebih efektif seperti Tomoi, karate dan Teakwondo.

"Alah, buat apa belajar silat, pandai berbunga-bunga ja. Bukan boleh berlawan pun" selalu kita dengar ungkapan ini dan ada juga kebenarannya.

Kesilapan Jurulatih

Silat diperkenalkan di sekolah-sekolah dan IPT sebagai kegiatan aktiviti kokurikulum dan kelab sukan. Sistem pembelajaran silat telah diubah suai sejajar dengan permintaan sekolah-sekolah yang inginkan kokurikulum yang sihat dan tidak terlalu lasak sehingga mencederakan murid-murid. Murid dilatih dengan lembut hanya sekadar menguasai asas seni dan peralihan bengkung untuk melengkapkan silibus pembelajarannya.

Kesimpulannya silat kehilangan asas kesempurnaannya dalam aspek beladiri. Dalam keadaan pergaduhan atau situasi kecemasan ilmu silat gagal dilaksanakan. Silibus pembelajaran silat tidak menekankan aspek sebenar seperti sparring dan jurus. Latihan lebih ditekankan kepada hafalan buah silat.

Membuka Minda Terhadap Kemungkinan Serangan Pelbagai Bentuk

Pernahkah anda terfikir jika anda diserang oleh ahli beladiri lain seperti Tomoi contohnya. Mampukah anda menahan tumbukan, siku dan sepakan mereka. Pernahkan anda belajar sambut sepakan Round Kick ke leher? Pernahkah anda terima tumbukan Jab dari Peninju?

Jika anda berlatih sesama perguruan, anda akan belajar kaedah menyerang dan menyambut serangan yang sama. Jarang sekali anda belajar terima serangan yang berbeza. Contohnya pesilat belajar tumbuk kaedah A kemudian belajar pula tangkis tumbuk kaedah A. Jika pihak lawan tumbuk keadaan B, C atau D yang berbeza, Ha! bagaimana nak sambut?

Biasakan Sparring dengan ahli Beladiri Lain

Berlatih dengan ahli beladiri lain membantu anda membiasakan diri dengan kepelbagaian serangan. Dengan cara ini anda mampu kembangkan kaedah berhadapan dengan pelbagai kemungkinan serangan dari pelbagai jenis seni beladiri. Terdapat beberapa silat yang mengembangkan kaedah ini dan menyertai pertandingan seni beladiri terbuka seperti MMA, Kickboxing dan UFC.

Jangan rasa rendah diri dengan kekuatan silat berhadapan dengan seni beladiri lain. Silat telah dibuktikan sebagai seni beladiri yang praktikal dan berkembang dengan pesat di Eropah sekarang. Pesilat berbangsa eropah giat mengembangkan silat sejajar dengan kepelbagaian seni beladiri. Buah-buah silat digunakan oleh unit-unit pertahanan awam di rantau itu. Sedangkan silat di tanah air ini menjadi jumud, pegun dan mundur tidak dikembangkan. Yakinlah silat boleh berhadapan dengan Boxing, Tomoy, Taekwondo, MMA, Karate, Judo dan sebagainya anda hanya perlu membuka minda dan menerima perubahan ini.

Lupakan Buah-Buah Mengarut Itu

Banyak buah-buah silat hanya hebat dipandang apabila ia dipersembahkan melalui demo di atas pentas.

Dalam latihan buah silat, anak murid disuruh berlatih secara berpasangan. Apabila menyerang, jurulatih ajar supaya salah seorang menyerang dengan satu TUMBUKAN KAKU, dan seorang lagi sambut dengan buah silat dan dijatuhkan dengan mudahnya. Penumbuk tidak boleh ditarik atau diperbagaikan jika tidak buah gagal dilaksanakan. Yang lucunya, adakah dalam situasi sebenar pihak lawan akan menumbuk dengan begitu kaku dan menunggu untuk dijatuhkan?

Naluri Semata-Mata

Cuba kita lihat kucing bergaduh. Gerak mereka diasaskan oleh naluri semata-mata. Begitulah gerak silat yang sebati dengan gerak naluri (instict) manusia. Bukannya buah yang disusun-susun dengan kakunya. Tumbukan, tepisan sepakan dilakukan dengan spontan tanpa tergak-agak. Asal boleh masuk kita masuk,.asal boleh makan, kita makan.

Dengan latihan Bunga dan Belebat atau Jurus pesilat dapat melatih naluri supaya dalam situasi sebenar silat akan terbentuk dengan sendirinya kerana pesilat telah sebati denga silatnya. Seperti sebuah pepatah silat: "Pakai takpakai, takpakai pakai. Selagi pakai, selagi itulah tak pakai"

Sumber: FB Tuan Melaka.

Menarik bagi KiDD, sekadar perkongsian ambil mana yang baik untuk kita perbaiki segala kelemahan yang ada.

COMMENTS

BLOGGER: 19
  1. sy br 18 thn belajar silat. Alhamdulillah belum terdetik utk kritik apa-apa berkenaan silat. Tiada silapnya silat.. yg silap adalah sikap manusia.

    ReplyDelete
  2. Yg salah bukan silat..tp sistem kat malaysia sekarang macam bodoh..sistem sekolah yg patut disalah kan..silat tak salah pun..

    ReplyDelete
  3. Penulis ni rasanya bias IQ 60 kot. Lembu IQ 70. Berkenaan belajar silat pastu gaduh jd lintang pukang.. kita hanya berusaha blajar self defence.. time gaduh kalau Allah x izinkan anggota bergerak untuk defence tetap xleh guna segala yg dipelajari. So jgn bongkak konon2 belajar terus 100% dpt gaduh. Senua atas keizinan Allah. Nk sparring dgn martial art lain? Ada marrial art utk olahraga... kejohanan.. n ada semata2 utk self defence n xde hiasan ape2. So kalau terkena btol2 jd cacat or mati camane? Sbb sebenar2 self defence utk selamatkan diri n tamatkan secepat mungkin. So kalau benda ni wat main2 ape2 jadi nama silat jgak buruk. Semua silat ada kelebihan n kekurangan masing2 n sy yakin setiap silat ada ilmu dan gerak seni masing2 yg terbukti secara saintifik dan praktikal utk menangkis serangan dari martial art lain. Rasanya mungkin anda seorang yg kecewa sbb belajar xsmpai habis disebabkan ego dan sifat riak atau anda seorang yg selalu bernasib malang dari kecik. Knape xsalahkan doktor blajar tinggi tp xleh selamatkan pesakit yg dah ditetapkan ajalnya? Sama la silat.. kita belajar ilmu silat sbg usaha utk selamatkan diri. Pemilik segalanya tetap Allah SWT. Usaha doa tawakal. Faham bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencerahan yg baik bang 👍👍👍

      Delete
    2. Hai orang muda...

      Ini pesanan ku...

      Tiada kata secantik bahasa,
      tiada silat dari akal yang silap...

      Delete
    3. kalau semua nak serah kat tuhan sampai mampus tak jadi apa2. usaha tu perlu. penulis dah bagi ulasan yang cantik kut tu. memang betul ada sesetengah orang belajar silat ni macam belajar tarian je. bila betul2 nak kena pakai semua hancuss. sebab tu penulis ada bagi tips macam sparring dan 'membuka minda terhadap semua serangan'. kalau betul nak jaga licin tak nak bagi cedera buat apa belajar benda tu. bro sendiri yang bagitau ni untuk 'self defense'. tak ada guna kalau nama silat bersih tapi tak betul2 dipraktikkan.. ni bukan artikel mengutuk tapi menambahbaik pulih sistem dunia silat sekarang. bro cakap penulis ni IQ 60 dan lembu IQ 70. bro memang lawak. saya mungkin tak berapa pandai bersilat macam dari segi intelek saya tahu bro sedang memperbodohkan diri tu.. mohon bro berdoa dan tawakal semoga bro diberi IQ yang lebih tinggi. ohye, kenapa tak salahkan doktor. sebab dia belajar dan dia praktik ilmu dia. dalam konteks penulis dia nak bagitau pasal orang yang hanya belajar tapi tak mampu praktik dalam kehidupan sebenar. faham bro?

      Delete
    4. kalau kau, aku rasa IQ kau -10 kut...

      Delete
    5. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubahnya sendiri" kalau ikut hujah anda kita ni tak payah usaha hanya bukak mulut tunggu nasi masuk dalam mulut dengan sendiri. Ni jawapan orang yang tak berapa rajin...Jawapan untuk artikel yg di atas..kurangnya latihan pratikal, buah pukul dan jurus mesti di latih sehingga ianya menjadi reflek semulajadi...Sebab tu yg betul2 cukup ilmu jgn main2 pukul nanti lebam biji mata tak tentu pasal. Kalau terlalu latih pesilat dengan bunga nanti dia jadi mat bunga...pukul lembik tu yg main koboi.

      Delete
    6. Bila yg x berakal berbicara

      Delete
  4. Relax lah penulis tidak guna bahasa kesat kot .kalau u guna bahasa kesat dgn merendahkan iq dia anda juga perlu cermin diri sendiri .apa yg dibawa itu ada benarnye bukannya 100% salah...ini adalah bgs kerana membuka ruang kepada diskusi, jd jgn jd jumud dan defensive

    ReplyDelete
  5. Oke dah tu, paling tidak ade upaya memikirkan warisan nenek moyang kite supaya jadi lebih baik...

    ReplyDelete
  6. Silaturahmi, jangan begaduh hee

    ReplyDelete
  7. Saya amat setuju. Saya telah bertukar kepada Muay Thai dari Silat kerana pergi kelas Silat tak berapa belajar penggunaan teknik dalam dunia sebenar. Kalau ingin belajar silat asli, suatu hari saya ingin ke Indonesia untuk belajar Silat yang dapat dipraktikkan dalam situasi sebenar. Insyaallah

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Maaf ye.
    Sy nk tanya admin pernah dengar tak Buah Pukul Mersing.?
    Adakah buah pukul tu tergolong dlm aliran silat juga.?
    Harap admin boleh share sedikit sebanyak tentang buah pukul ni.
    Allahu aklam

    ReplyDelete
  10. Belajarlah sehingga kita dapat hak dan gerak kita sendiri... kpd Allah kembalinya segala urusan

    ReplyDelete
  11. ada betulnya apa yg di ungkapkan oleh beliau... dulu saya memang giat belajar ilmu pertahankan diri.. hanya utk diri sendiri kawal nafsu amarah diri.. bila org hajak gaduh kita awal2 blah... malas nak layan benda yg tak berfaedah... memang betul apa yg beliau katakan.. kita belajar haya setakan A dan B sahaja yg sampai A B C D.. sampai Z.. hahhaha tak ke sumbang langkah... mcm P.Ramli dlm filem pendekar bujang lapok..


    mcm bro IQ ni... saya rasa bro memang hebat... boleh lvlkan org..
    bestkan tetiba buah yg bro bagi tu kena balik...

    salam perjuangan anak 2 nusantara

    ReplyDelete

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Di mana Silapnya Silat Melayu?
Di mana Silapnya Silat Melayu?
Di mana silapnya sehinggakan Silat Melayu yang digeruni kehilangan taringnya bila berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar? Silat hanya menjadi persembahan di gelanggang dan buah-buah silat hanya nampak gah apabila dipraktis bila berdemo bersama rakan-rakan seperguruan. Apabila berlawan hilang silatnya. Di mana silapnya?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg58EYOSx_RcWWjVaIPwVA6WaQruHg771vgPgVi0UnbuhOdxqdqYVAto47btVW5rsnHlgQ-PtC5BZvMY64wHPjLTU2BW6yQzRZz168MAAJ4AZHTDAXBe61HLRxK0pwq-Od-8JLxf6OMfhA/s1600/silat+vs+kung+fu.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg58EYOSx_RcWWjVaIPwVA6WaQruHg771vgPgVi0UnbuhOdxqdqYVAto47btVW5rsnHlgQ-PtC5BZvMY64wHPjLTU2BW6yQzRZz168MAAJ4AZHTDAXBe61HLRxK0pwq-Od-8JLxf6OMfhA/s72-c/silat+vs+kung+fu.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2015/07/di-mana-silapnya-silat-melayu.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2015/07/di-mana-silapnya-silat-melayu.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content