Asal Usul Silat

Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata...

sejarah silat

Asal Usul Silat
Gerak silat asalnya Ilham
Lalu disimpan di dalam Bunga
Dari bunga terbitnya Buah

Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. Perkataan Silat sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat teori mengatakan perkataan Silat bersal dari si-ilat (orang yang pandai muslihat)

Asal usul Silat sukar dijejaki dan dipercayai berusia ribuan tahun. Ia digunakan sebagai sistem pertahanan bagi kerajaan Langkasuka, Champa, Srivijaya, Beruas, Melaka, Makasar, Aceh, Majapahit, Gangga, Pattani dan kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara. Silat tidak boleh dituntut sebagai hakmilik warisan sesebuah negara kerana sejarahnya meliputi keseluruhan Nusantara.

Menurut bukti tinggalan sejarah yang terdapat di Chandi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.

Gerak Silat (ilham)

Manusia diberikan naluri untuk mempertahankan diri dan menyelamatkan diri dari bahaya, gerakan ini berdasarkan naluri yang sukar dijelaskan dan bukannya gerakan sebarangan. Ilham ini datang dalam pelbagai cara seperti mimpi, sumber dari pertapaan dan pemerhatian terhadap gerak binatang. Sumber ilham hakikatnya ini datang dari Pemberi Ilham (Rujuk Sifat 20). Ianya dizahirkan dengan pergerakan seni yang dinamakan Bunga. Gerakan ini memiliki pelbagai maksud tersirat dan dari asas gerak ini munculnya gerakan menepis, gerakan tapak, tumbukan, mengunci, menjatuhkan lawan, melangkah dan sebagainya. Gerak abstrak ini dipercayai menyimpan pelbagai gerak rahsia dan beribu buah.

Bunga Silat

Maka titah Seri Bentara, "Menari apalah Kiai Tuah. Inginlah kita hendak melihatmu menari." Maka sembah Tun Tuah, "Daulat tuanku andika, ini menari cara hulubalanglah." (Hikayat Hang Tuah, 1971:126)

Melalui petikan Hikayat Hang Tuah tadi dapatlah disimpulkan bahawa gerakan silat bukanlah tari-menari semata-mata dan mengandungi rahsia tersembuyi.

Secara asasnya susunan pembelajaran silat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bunga dan Buah.

Bunga merupakan gerak asas dalam silat. Gerak ini kemudiannya disusun dan membentuk buah silat. Terdapat salah faham yang menganggap bunga ialah tari menari yang bertujuan persembahan semata-mata. Ada juga pesilat yang menghafal bunga dan tidak tahu rahsia yang terkandung di dalamnya. Mereka buta sejarah dan tidak memahani apa itu Bunga Silat sebenarnya. Gerak Bunga diilhamkan kepada pengasas silat dan disusun menjadi tunggak utama persilatan tersebut. Contohnya Gayong Fatani berasaskan Bunga Sembah

Bunga dikatakan sebagai pengenalan sesebuah silat, dan dipanggil Bunga Sembah. Adakalanya bunga dimainkan pada majlis keraian seperti perkahwinan dan hari-hari kebesaran. Ia merupakan identiti (signature) kepada sesebuah persilatan. Dengan melihat bungaya kita boleh mengenali apa jenis silatnya. Ia penting bagi mengelakkan pesilat dari terlibat dalam pergaduhan sesama peguruannya sendiri.

Bangsa Melayu tinggi adabnya walaupun ketika berlawan, adakalanya bunga dimainkan ketika pertarungan untuk menunjukkan pesilat menghormati pertarungan. Tidak seperti zaman sekarang orang mencarut dan memaki hamun ketika bergaduh. Bangsa Melayu menyanjung tinggi adab dan budi bahasanya. Dalam sopan orang Melayu ada kerasnya. Seperti bunga silat, indah lembut berseni geraknya tersimpan gerakan rahsia yang membunuh.

Bunga dimainkan oleh pesilat dalam waktu latihan walaupun secara berseorangan. Ia diamalkan berulang kali bertujuan membiasakan diri dengan gerak silatnya. Jika berlaku situasi kecemasan, secara automatik gerak silatnya akan terbentuk dengan sendirinya. Pesilat mengingati gerakannya walau tanpa perlu menghafal buah. Ia juga menguatkan sistem badan, menguatkan sistem pernafasan dan sebagai senaman (seperti senaman Taichi)

Bunga silat ialah senaman. Sempurna bunganya sempurnalah silatnya

Jurus Atau Belebat

Jurus juga dikenali sebagai Belebat. Ia merupakan pergerakan pantas yang berulang-ulang bertujuan untuk membiasakan gerak. Tujuannya agar pesilat terbiasa degan gerak-gerak jurus itu lantas tersimpan didalam nalurinya dan hasilnya gerak itu dapat dilaksanakan pada situasi pertarungan sebenar. Contohnya pesilat melangkah sambil tangan kiri menepis dan tangan kanan menumbuk dalam satu gerak ringkas. Berbanding Bunga, gerakan Jurus lebih kasar pantas dan bertenaga. Ia boleh dilakukan dengan senjata atau tangan kosong.

Gerakan jurus merupakan latihan yang berulang-ulang yang dilakukan supaya pesilat sebati dengan gerakan menyerang atau bertahan agar dalam situasi sebenar naluri pesilat telah terlatih dan membentuk gerakan yang efektif.

Buah Silat

Buah Silat adalah gabungan gerakan yang diasaskan oleh Bunga (gerak asas silat). Juga dikenali sebagai Buah Pukul. Ia ialah aturan langkah menyambut serangan sehingga pihak lawan ditumpaskan dalam satu aturan gerakan.Contohnya:
  1. Pesilat menunggu serangan, menyambut (menepis, membuang, menangkap atau mengelak)
  2. Memukul dan menjatuhkan pihak lawan
  3. Memberikan pukulan penutup (memukul, mengunci atau mematahkan sendi)
Keseluruhan aturan ini dianggap sebagai satu buah yang lengkap. Setiap buah boleh dihabiskan dengan penutup yang berbeza contohnya pesilat boleh memilih mengunci lawannya, mencederakan, melumpuh atau bunuh berdasarkan pilihannya (finishing move).

Buah silat dikumpulkan oleh pengasas-pengasas silat dan diberikan nama. Kemudian disusun dalam sistem pembelajaran mengikut peringkat. Anak murid dikehendaki menghafal kesemua buah ini berdasarkan peringkat.yang akan diuji dan dibezakan dengan jenis bengkung sehinggalah tamat pengajian. Sistem pembelajaran ini diulang oleh guru-guru silat dalam setiap gelanggang yang dibuka.

Kesimpulan

Silat melayu sejarahnya panjang dengan pelbagai bentuk dan gaya. Keasliannya dan geraknya diabadikan dengan dipelajari dan diwariskan secara turun-temurun. Ia merupakan identiti kepada masyarakat Melayu dan hanya boleh disimpan dengan mempelajari dan diamalkan. Jika tidak ia akan pupus dan hanya dikenali melalui tulisan dan gambar sahaja.

COMMENTS

BLOGGER: 2

Name

Al Quran,26,Doa,26,Dulu-dulu,24,Ilmu,80,Jampi,8,Koleksi,87,Pendinding,20,Persilatan,30,Perubatan,6,Petua,10,Pusaka,25,Rezeki,2,Zikir,9,
ltr
item
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu: Asal Usul Silat
Asal Usul Silat
Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGvvg4OhzccJrsOSD3Kcy0f6_gGZnvjXNiiQVgfP7BIOf_ljyO3XePzHuLGDcvfr0Io6k83kyPbBrL920dBm_-QCWRU5XSgJVIqnXyRU_0ilHy2nowc-sQWzm51382iyNmVHiU-iOwAmw/s640/asal+usul+silat.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGvvg4OhzccJrsOSD3Kcy0f6_gGZnvjXNiiQVgfP7BIOf_ljyO3XePzHuLGDcvfr0Io6k83kyPbBrL920dBm_-QCWRU5XSgJVIqnXyRU_0ilHy2nowc-sQWzm51382iyNmVHiU-iOwAmw/s72-c/asal+usul+silat.jpg
Koleksi Ilmu Dulu-Dulu
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2015/07/asal-usul-silat.html
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/
https://koleksiilmudulu2.blogspot.com/2015/07/asal-usul-silat.html
true
7831585522844739872
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content